fbpx

Dua jarum fungsi berbeza: KKM


PUTRAJAYA: Penggunaan dua jarum berbeza ketika pemberian vaksin Covid-19 kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, menjadi perbahasan dalam media sosial sejak semalam.

Malah, ada pihak yang seolah-olah mempersoalkan adakah benar vaksin yang disuntik kepada Muhyiddin pada Pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

Bagaimanapun, Kementerian Kesihatan (KKM) dalam satu penjelasan ringkas hari ini berkata, penggunaan dua jenis jarum itu berikutan ia mempunyai saiz berbeza untuk fungsi berlainan.

Kenyataan itu menyebut, jarum yang digunakan untuk menyedut cecair vaksin dari bebuli (berwarna biru) bersaiz besar untuk memastikan pengambilan yang lancar.

“Saiz jarum yang lebih kecil (berwarna merah atau jingga) adalah untuk tujuan inokulasi bagi memastikan kurang sakit dan lebam.

“Selain itu, penggunaan jarum berbeza perlu bagi mengelakkan berlaku pencemaran silang antara pesakit,” katanya.

KKM berkata, apa yang penting isi kandungan vaksin yang disedut dari bebuli dan diberikan kepada pesakit tidak berubah.

Sumber: Harian Metro

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts