fbpx

Kesalahan liwat bawah undang-undang syariah terbatal

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan di sini hari ini memutuskan kesalahan liwat di bawah undang-undang syariah negeri Selangor adalah terbatal dan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Ini kerana kuasa untuk menggubal undang-undang sedemikian hanya terletak pada Parlimen dan bukannya pada badan perundangan negeri.

Menurut Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang mengetuai panel sembilan hakim, persoalan utama yang perlu diselesaikan ialah bagaimana dua undang-undang berbeza; sivil dan syariah, diamalkan di dalam ruang lingkup masing-masing.

” Perundangan negeri di Malaysia memounyai kuasa untuk menggubal undang-undang bagi kesalahan yang bertentangan ajaran agama Islam. Bagaimanapun, kuasa itu dibatasi Perlembagaan.

“Berdasarkan Senarai Persekutuan (Federal List), badan perundangan negeri hanya boleh menggubal undang-undang yang tiada di dalam undang-undang persekutuan (federal law),”katanya ketika membaca penghakiman ringkas beliau pada prosiding yang dijalankan melalui aplikasi Zoom.

Panel terbabit membuat keputusan itu dalam permohonan seorang lelaki mencabar keperlembagaan peruntukan undang-undang Syariah Selangor yang mendakwanya atas tuduhan cuba melakukan seks luar tabii.

Lelaki itu sebelum ini didakwa dengan pertuduhan cuba melakukan seks di luar tabii dengan seorang lelaki lain di sebuah rumah di Selangor pada 9 November 2018.

Dia kemudian mencabar pertuduhan tersebut dengan memfailkan petisyen dan memohon deklarasi bahawa Seksyen 28 Enakmen 28 Kesalahan-kesalahan Jenayah Syariah (Selangor) 1995, tidak sah.

Turut membuat keputusan sebulat suara itu ialah Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Rohana Yusuf, Hakim Besar Malaya, Tan Sri Azahar Mohamed dan Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Abang Iskandar Abang Hashim dan Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Mohd. Zawawi Salleh, Datuk P. Nallini, Datuk Vernon Ong Lam Kiat, Datuk Zabariah Mohd. Yusof, Datuk Seri Hasnah Mohammed Hashim.

Sumber: Utusan Online

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Kwiknews