fbpx

Reds terus dirundung malang

LONDON: Liverpool ibarat ‘jatuh ditimpa tangga’ apabila kapten mereka yang selama ini menampung kekurangan benteng pertahanan, Jordan Henderson tidak dapat beraksi enam minggu akibat kecederaan.

Henderson dikeluarkan selepas cedera pangkal paha ketika Reds tumpas 0-2 kepada Everton di Anfield minggu lalu.

Biarpun cuba meneruskan permainan, namun kecederaan yang dialami menyebabkan dia terpaksa juga meninggalkan padang.

Liverpool masih bekerja keras untuk membantu pemain tengah mereka itu kembali dalam masa terdekat, namun laporan awal perubatan menunjukkan dia hampir pasti disisihkan lebih sebulan.

Pakar perubatan Liverpool juga mahu pasukan bersiap sedia dengan kemungkinan pemain berusia 31 tahun itu terpaksa berehat lebih lama.

Perkembangan Henderson adalah tamparan hebat buat Reds yang sudahpun kehilangan ramai pemain tonggak, terutama di bahagian pertahanan tengah.

Sepanjang ketiadaan Virgil van Dijk, Joe Gomes dan Joel Matip, pengendali pasukan, Jurgen Klopp banyak menggunakan Henderson di pertahanan tengah.

Dengan ketiadaannya, Klopp mungkin terpaksa bergantung kepada dua pemain baharu yang belum terbukti kemampuannya, Ozan Kabak dan Ben Davies.

Liverpool akan menentang kelab tercorot liga, Sheffield United dalam saingan Liga Perdana Inggeris, Isnin depan sebelum menerima kunjungan Chelsea pada 5 Mac. – AGENSI

Sumber: Utusan Online

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Kwiknews