fbpx

COVID-19: Rakyat Malaysia antara dua kes baharu penularan tempatan di Singapura

Sehingga tengah hari Khamis, Singapura melaporkan 10 kes baharu termasuk dua kes import, menjadikan jumlah jangkitan di sini kepada 59,900 kes.- Gambar fail/REUTERS

SINGAPURA: Seorang lelaki warga Malaysia berusia 33 tahun adalah antara dua kes baharu jangkitan tempatan COVID-19 yang dilaporkan di Singapura pada Khamis, menurut Kementerian Kesihatan republik itu.

Dilabelkan sebagai Kes 60448, pemegang permit kerja itu merupakan pekerja PSA Corporation Ltd, menurut kementerian itu dalam data penuh yang dikeluarkan di sini lewat malam tadi.

“Keputusan ujian serologi beliau kembali positif tetapi kami membuat penilaian bahawa ini mungkin jangkitan semasa,” menurut kenmenterian itu yang menambah lelaki berkenaan adalah asimptomatik.

Kementerian memaklumkan, lelaki itu yang tiba dari Malaysia pada 23 Dis tahun lepas menerima dos pertama vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech pada 22 Jan dan dos kedua pada 14 Feb.

“Ini menjelaskan tentang keputusan ujian serologinya yang positif kerana beliau berkemungkinan mula menghasilkan antibodi selepas vaksinasi,” menurut kementerian itu.

Biasanya, ia mengambil beberapa minggu untuk seorang individu membina imuniti selepas selesai vaksinasi, oleh itu, lelaki berkenaan mungkin dijangkiti sebelum mendapat perlindungan selepas divaksin, menurut kementerian itu.

Sehingga tengah hari Khamis, Singapura melaporkan 10 kes baharu termasuk dua kes import, menjadikan jumlah jangkitan di sini kepada 59,900 kes.

Sumber: Astro AWANI

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Read more

Related Posts