fbpx

United, Arsenal teruskan perjuangan

PARIS: Dua jaringan Pierre-Emerick Aubameyang, termasuk gol kemenangan lewat permainan memastikan Arsenal layak ke pusingan 16 terakhir Liga Europa selepas menumpaskan Benfica 3-2 di Greece hari ini.

Aubameyang membuka jaringan pada minit ke-21, namun Diogo Goncalves menyamakan kedudukan menerusi sepakan bebas dan Rafa Silva meletakkan Benfica di depan hasil kesilapan Dani Ceballos.

Kieran Tierney menyamakan kedudukan 2-2 pada minit ke-67, dan ketika saingan berbaki tiga minit, Aubameyang menanduk gol kemenangan.

Arsenal mara dengan agregat 4-3 susulan keputusan seri 1-1 dalam aksi pertama di Rome.

“Semha orang gembira hari ini dan itu membuatkan saya lebih bersemangat. Kami belajar daripada kesilapan lalu, ia menjadi kekuatan,” kata Aubameyang kepada BT Sport.

PENYERANG Manchester United, Anthony Martial (kiri) cuba melepasi pertahanan lawan dalam aksi Liga Europa di Old Trafford.

Turut mara Manchester United yang seri 0-0 dengan Real Sociedad di tempat sendiri, namun kemenangan 4-0 dalam aksi pertama minggu lalu sudah cukup membawa Red Devils ke pusingan seterusnya.

Leicester City yang menduduki tangga ketiga di belakang United dalam Liga Perdana Inggeris, bagaimanapun tersingkir selepas tewas 0-2 di tempat sendiri kepada juara Czech, Slavia Prague.

ABDALLAH Sima (kiri) meraikan jaringannya ketika menentang Leicester City.

Lukas Provod meletakkan Slavia di depan selepas terikat tanpa jaringan pada perlawanan pertama dan Abdallah Sima memastikan kemenangan buat pelawat.

“Kami tidak mencipta banyak peluang sepanjang dua perlawanan ini. Kami tidak bertahan dengan baik dan memberikan gol mudah. Pasukan lebih baik berhak menang,” kata pengendali Leicester, Brendan Rodgers. – AFP

Sumber: Utusan Online

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Kwiknews