fbpx

Woods tidak akan ‘menyerah kalah’

LOS ANGELES: Tiger Woods berjanji kariernya tidak akan berakhir disebabkan kemalangan ngeri yang menimpanya Selasa lalu.

Bintang golf Amerika Syarikat (AS) golf itu berkata ‘ ia tidak akan berakhir begini’ ketika menerima lawatan teman wanitanya, Erica Herman, ejen Mark Steinberg dan kedi, Joe LaCava di hospital di Los Angeles.

Pakar perubatan ortopedik sebelum ini memberitahu, Woods mungkin tidak akan berpeluang kembali sebagai pemain golf profesional kerana sukar untuk pulih sepenuhnya.

Rabu lalu, pasukan perubatan melakukan pembedahan ke atas Woods, yang mana batang besi dan beberapa skru serta pin dimasukkan selepas kakinya patah, manakala buku lalinya hancur.

KEADAAN kereta Tiger Woods akibat kemalangan Selasa lalu.

“Secara peribadi, sebagai peminat Tiger Woods, saya boleh katakan, malang sekali, dia tidak mungkin akan kembali sebagai pemain golf profesional selepas mengalami kecederaan ini.

“Ia pastinya sesuatu yang amat sukar buat semua pemain golf.

“Faktor usia, beberapa pembedahan yang turut dilakukan sebelum ini (kecederaan belakang) akan menjadi igauan jika dia memilih untuk kembali dalam dunia golf,” kata Ketua Jabatan pakar trauma ortopedik Pusat Perubatan Standford, Dr. Michael Gardner.

ERICA Herman melawat pemain itu di hospital.

Menurut polis, Woods tidak ingat apa
yang berlaku dalam kemalangan itu, namun dia tidak akan dikenakan tindakan kerana ia bukan berpunca daripada kecuaiannya.

Bapa kepada dua orang itu anak sedang bergegas untuk rakaman televisyen di kelab golf berhampiran Los Angeles ketika kemalangan berlaku. – AGENSI

Sumber: Utusan Online

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Polis buru suspek pecah rumah

Tanah Merah: Polis memburu seorang suspek disyaki memecah masuk rumah di Kampung Kubang Kerian, Bukit Panau dan melarikan wang tunai serta barang berharga dianggarkan bernilai

Read More »
Kwiknews