fbpx

JDT sasar kejuaraan Sumbangsih keempat berturut-turut

JOHOR BAHRU: Mampukah Johor Darul Ta’zim (JDT) merangkul kejuaraan Sumbangsih untuk musim keempat berturut-turut apabila berdepan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) pada aksi di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, dekat sini, pada Jumaat ini.

Pastinya pertembungan buku dan ruas itu menyaksikan skuad bimbingan Aidil Sharin Sahak mahu menebus kehampaan pada musim lalu selepas kali terakhir menafikan JDT untuk menggenggam piala itu pada musim 2017.

Benjamin Mora yang membimbing skuad Harimau Selatan sejak musim lalu dan membawa kejayaan buat skuad itu tentunya tidak rela melihat piala pertama yang dipertandingkan terlepas ke tangan KDA FC.

Walaupun laporan menyatakan Jonathan Herera pada awalnya akan menyertai skuad Harimau Selatan sebelum kemudian dipinjamkan ke kelab Liga Divisyen Pertama Argentina, Club Atlético Independiente jelas tidak menjejaskan perancangan Mora untuk membuat persiapan.

Jika pengganti Herera masih belum dimuktamadkan, kemungkinan skuad itu akan menggunakan khidmat bekas import KDA FC, Fernando Rodriguez untuk mengisi posisi serangan. Pemain itu ketika ini beraksi bersama Johor Darul Ta’zim II (JDT II).

Skuad Mora dianggap serba lengkap pada musim ini apabila kelibat Safiq Rahim yang pernah bersama JDT sejak musim 2013 hingga 2018 dan kemudiannya berkelana ke Melaka United selama dua musim sudah kembali.

Kehadiran semula Safiq bakal memberi impak positif dalam pasukan berikutan pengaruhnya dalam skuad itu mampu menambah kekuatan terutama di posisi tengah selain pengalaman luas bersama pasukan itu.

Bagi pertembungan menentang KDA FC, Mora pasti sudah ada kesebelasan terbaik yang bakal diturunkan dan berusaha mempamerkan aksi konsisten walaupun terpaksa menjalani latihan pramusim di Johor akibat pandemik COVID-19.

Pada pertemuan 2017, JDT tewas menerusi sepakan penalti kepada Kedah selepas perlawanan berakhir 1-1.

Sumber: Berita Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts