fbpx

Hrithik Roshan disiasat kes jenayah

Hrithik Roshan & Kangana Ranaut

PELAKON Hrithik Roshan dipanggil untuk hadir ke cawangan jenayah Mumbai pada Sabtu lalu untuk memberi keterangan tentang satu kes berhubung pelakon kontroversi, Kangana Ranaut.

Pada 2016, aktor Kaho Naa… Pyaar Hai itu mengemukakan aduan mendakwa seorang individu menyamar sebagai dirinya dan menghantar mesej kepada Kangana menggunakan e-mel palsu.

Kangana kemudiannya memberitahu bahawa e-mel tersebut telah diberikan kepadanya oleh Hrithik dan mereka telah berkomunikasi melalui e-mel sama selama setahun dari 2013 hingga 2014.

Pada 2016, Hrithik telah menghantar notis undang-undang kepada Kangana selepas dia menyebutnya sebagai budak lelaki bodoh.

Hrithik kemudian mendakwa bahawa Kangana telah mengirimkan ratusan e-mel yang tidak masuk akal kepadanya sehingga polis terpaksa merampas komputer riba dan telefon bimbit aktor itu untuk disiasat.

Pada Disember 2020, kes tersebut yang sebelumnya disiasat oleh Cyber ​​Cell polis Mumbai, kini dipindahkan ke Unit Perisikan Jenayah (CIU) atas permintaan peguam Hrithik, Mahesh Jethmalani.

Sumber: Kosmo!

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Polis buru suspek pecah rumah

Tanah Merah: Polis memburu seorang suspek disyaki memecah masuk rumah di Kampung Kubang Kerian, Bukit Panau dan melarikan wang tunai serta barang berharga dianggarkan bernilai

Read More »
Kwiknews