fbpx

Pakej Piala Dunia 2022 cecah RM236,436

ZURICH, Switzerland: Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) mula menjual tiket Final Piala Dunia Qatar 2022 pada harga mencecah 42,000 pound (RM236,436).

Penganjur sudah mengeluarkan pakej hospitaliti untuk tetamu istimewa bagi kejohanan berkenaan dan ada yang mencecah ratusan ribu ringgit.

Mereka yang berminat boleh menempah minimum dua tiket pada harga RM236,436 bagi perlawanan di Stadium Lusail, Qatar tahun depan.

Pakej berkenaan termasuk makanan, minuman berkarbonat, arak, dan kunjungan ke padang sebelum sepak mula, ketika rehat dan selepas perlawanan.

Pembelian pakej lumayan itu turut membolehkan peminat menghadiri perlawanan separuh akhir dan penentuan tempat ketiga.

Firma rakan kongsi rasmi FIFA, MATCH Hospitality menawarkan pakej berkenaan dan badan induk bola sepak dunia itu memberi amaran kepada peminat untuk tidak berurusan dengan pihak ketiga selain firma berkenaan.

“FIFA melantik MATCH Hospitality sebagai pemegang hak eksklusif hospitaliti Piala Dunia Qatar 2022.

“MATCH Hospitality satu-satunya syarikat yang berdaftar dengan FIFA untuk menawarkan serta menjamin pakej hospitaliti eksklusif termasuk tiket bagi setiap perlawanan Piala Dunia FIFA Qatar 2022,” kata FIFA dalam satu kenyataan.

Firma berpangkalan di Switzerland itu turut mengumumkan yang Stadium Lusail akan menjadi gelanggang bagi aksi final Piala Dunia 2022.

Kejohanan itu akan bermula pada 21 November 2022 dan berakhir pada 18 Disember. – AGENSI

Sumber: Berita Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Polis buru suspek pecah rumah

Tanah Merah: Polis memburu seorang suspek disyaki memecah masuk rumah di Kampung Kubang Kerian, Bukit Panau dan melarikan wang tunai serta barang berharga dianggarkan bernilai

Read More »
Kwiknews