fbpx

Sebanyak 13,654 gempa bumi berlaku di dunia sepanjang 2020

ANKARA, 1 Mac – Sepanjang 2020 terdapat 13,654 gempa bumi berkekuatan empat skala Richter atau lebih tinggi dilaporkan berlaku di seluruh dunia, dengan gegaran paling kuat dicatatkan di Amerika Syarikat (AS), menurut Agensi Anadolu.

Dianggarkan, 500,000 gempa bumi sederhana atau besar berlaku di Bumi setiap tahun, kira-kira 100,000 daripadanya dapat dirasakan manakala 100 lagi gegaran menyebabkan kerosakan.

Menurut Kajian Geologi AS (USGS), gempa paling kuat berlaku di Alaska pada 22 Julai 2020, bermagnitud 7.8 pada skala Richter.

Pakar USGS berkata faktor mengapa lebih banyak gempa bumi dicatat pada masa sekarang berbanding dahulu adalah kerana mereka menerima lebih banyak data stesen seismik seiring dengan perkembangan teknologi.

Pada 1931, terdapat 350 stesen seismik di Bumi untuk merakam gempa bumi. tetapi hari ini angka itu mencecah ribuan, tambahnya.

Terdapat tiga kategori gempa: tektonik, gunung berapi dan gempa bumi ‘collapse’, manakala tektonik adalah gempa yang mencetuskan paling banyak kerosakan.

Pada 2020, tujuh daripada sembilan gempa bumi besar dengan kekuatan 7 atau lebih berlaku di Lingkaran Api Pasifik.

Gempa berkekuatan 9.5 pada 1960 yang melanda wilayah Valdivia, Chile paling banyak mengakibatkan kerosakan setakat ini.

Menurut USGS, lima hingga enam pertaus daripada semua gempa bumi di seluruh dunia dan 17 peratus gegaran kuat direkodkan di zon Alpine-Himalayan.

Satu daripada gempa bumi paling buruk pernah berlaku pada 2004 di Sumatera, Indonesia dengan skala 9.1.

Sementara itu, zon gempa paling aktif di Amerika Selatan terletak di sepanjang sempadan benua Pasifik.

Empat daripada 10 gempa bumi paling kuat pernah direkodkan di dunia berlaku di Amerika Selatan.

Di Asia pula aktiviti gempa bumi paling banyak direkodkan di Jepun.

Negara seperti Indonesia, Fiji dan Kepulauan Tonga (timur Australia) juga mencatat sejumlah besar gempa bumi setiap tahun.

Afrika mempunyai zon gempa agak sedikit berbanding benua lain.

Australia dan New Zealand negara paling rendah aktiviti seismik manakala benua Antartika mempunyai aktiviti plaing sedikit.

Sumber: BERNAMA

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts