fbpx

Tiga kawasan di Selangor catat IPU tidak sihat

SHAH ALAM: Beberapa daerah di Selangor mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada paras tidak sihat pagi ini.

Menurut Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), tiga kawasan di Selangor mencatatkan bacaan IPU tidak sihat dengan stesen Johan Setia Klang paling tinggi iaitu 183 diikuti Banting (165) dan Petaling Jaya (141) pada pukul 8.00 pagi ini.

Pemerhatian Bernama juga mendapati kawasan di sekitar Shah Alam kelihatan agak berjerebu dengan bacaan IPU 96, setakat pukul 8.00 pagi.

Bacaan IPU antara 0 hingga 50 dikategorikan paras baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 300 ke atas (berbahaya).

Sumber: Astro AWANI

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Polis buru suspek pecah rumah

Tanah Merah: Polis memburu seorang suspek disyaki memecah masuk rumah di Kampung Kubang Kerian, Bukit Panau dan melarikan wang tunai serta barang berharga dianggarkan bernilai

Read More »
Kwiknews