LONDON: Lewis Hamilton berkata memecahkan rekod dengan memenangi gelaran dunia kelapan dirinya tahun ini tidak akan menjadi faktor penentu masa depannya.
Percubaan mendapatkan kejuaraan pemandu yang akan melonjak Hamilton, 36, mengatasi Michael Schumacher sebagai pelumba Formula Satu paling berjaya, berjalan seiring dengan masa depannya dalam sukan itu.
“Saya sudah membuat keputusan paling penting dalam fikiran saya, yang saya tidak mahu ia menjadi faktor penentu.
“Saya menceburi perlumbaan kerana saya suka berlumba dan saya rasa ia akan sentiasa menjadi teras kepada apa yang saya lakukan.
“Jika anda semua memburu anugerah, gelaran, saya rasa anda akan hilang arah.
“Sudah tentu ia akan menjadi impian paling tinggi, tetapi saya tidak rasa ia perlu menjadi faktor penentu sama ada mahu kekal atau meneruskannya,” kata Hamilton ketika majlis pelancaran kereta Mercedes untuk musim 2021.
Hamilton menafikan yang lanjutan setahun kontraknya memberi isyarat yang ia akan menjadi musim terakhirnya dalam F1. – AFP
Sumber: Berita Harian