fbpx

JDT sah ikat Bergson

JOHOR BAHRU: Johor Darul Ta’zim (JDT) mengumumkan sudah menandatangani pemain import dari Brazil, Bergson da Silva untuk mengharungi kempen Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Pengesahan itu diumumkan Pengarah Sukan JDT, Martin Prest di laman rasmi kelab bola sepak itu sekali gus melengkap pencarian bagi menggantikan Jonantha Herera yang dipinjamkan ke Liga Divisyen Pertama Argentina, Club Atletico Independiente.

“Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim ingin mengesahkan telah menandatangani Bergson da Silva dari pasukan Serie A Brazil, Fortaleza,” kata Prest dalam kenyataan ringkas di laman Johor Southern Tigers.

Namun, tidak dinyatakan sama ada pemain itu sudah berada di Johor Bahru atau belum dan kemungkinan dia tidak akan diturunkan pada aksi sumbangsih menentang Kedah Darul Aman FC (KDA FC) di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Jumaat ini.

Seandainya, Bergson tidak diturunkan, kemungkinan kelibat pemain import Johor Darul Ta’zim II (JDT II), Fernando Rodriguez akan mengisi posisi serangan selepas dilihat menjalani latihan bersama JDT menjelang pertembungan skuad bimbingan Aidil Sharin Sahak.

Bergson yang memiliki ketinggian 1.80 meter pernah beraksi di rantau Asia beraksi bersama kelab Liga 1 Korea, Suwon Bluewings pada musim 2011 secara pinjaman ketika menyertai kelab Brazil, Gremio dan kemudian beraksi secara pinjaman bersama kelab Liga Brazil, Vila Nova, Ypiranga FC, Braga B di Liga Portugal.

Seterusnya, dia beraksi secara pinjaman untuk kelab Esporte Clube Juventude di Liga Brazil dan kemudian bersama Associacao Portuguesa de Desportos di Liga Portugal, Chapecoense di Liga Brazil sebelum kembali ke Korea untuk menyertai kelab Busan IPark FC.

Kelab terakhir Bergson sebelum berhijrah ke JDT adalah Fortaleza dan sepanjang 11 penampilan dia mencipta tiga jaringan sekali gus diharap mampu memperkuatkan jentera serangan JDT bagi mengharungi saingan Liga Super dan Liga Juara-Juara Asia (ACL) musim ini.

Sumber: Berita Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts