fbpx

Lega orang ramai boleh kembali ke panggung wayang

KUALA LUMPUR: Berita kebenaran pembukaan semula operasi panggung wayang melegakan pengusaha susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di beberapa negeri bermula esok. Ketua Pegawai Eksekutif Golden Screen Cinemas (GSC), Koh Mei Lee berkata, mereka tidak sabar untuk mengalu-alukan kedatangan pelanggan esok selepas operasi ditutup beberapa bulan. “Kami sangat […]

Ji Soo mohon maaf kerana pernah menjadi kaki buli

SEOUL: Pelakon Ji Soo, 28, tampil membuat permohonan maaf susulan tuduhan mendakwa dia seorang kaki buli dan melakukan keganasan ketika bersekolah dulu. Ji Soo atau nama sebenarnya Kim Ji Soo mengakui berasa sangat bersalah dengan setiap tindakannya pada ketika itu yang meninggalkan bekas terhadap orang lain. “Ikhlas dari lubuk hati, saya mohon maaf kepada orang […]

Hospital swasta tak ‘kacau’ program vaksin kerajaan

KUALA LUMPUR: Hospital swasta tidak akan menggunakan peruntukan vaksin kerajaan tetapi membeli jenis vaksin yang lain sebagai alternatif untuk mempercepatkan proses vaksinasi COVID-19 yang sedang dijalankan. Presiden Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM), Datuk Dr Kuljit Singh, berkata tanggapan bahawa hospital swasta akan mengambil kesempatan sekiranya dibenarkan membuat pembelian vaksin adalah tidak benar sama sekali. “Ada […]

Iklan palsu vaksin COVID-19 kaut untung

KUALA LUMPUR: Polis mengesan wujud penularan maklumat melalui media sosial berkaitan iklan penjualan vaksin COVID-19 secara dalam talian. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Zainuddin Yaacob, berkata pihaknya sedang memantau perkara itu walaupun pengendali perkhidmatan jualan terbabit sudah mengeluarkan kenyataan menafikan wujud iklan sedemikian. “Namun kita tidak menolak kemungkinan wujud iklan palsu […]

Teka-teki Avengers: Endgame terjawab

KISAH adiwira Avengers terus mengumpul pengikut di seluruh dunia hingga sekarang. Justeru, keputusan Marvel Studios menerbitkan siri istimewa The Falcon and the Winter Soldier cukup menggembirakan ramai. Penantian peminat setia sekuel itu kini pastinya berakhir apabila siri terbabit yang menampilkan Anthony Mackie dan Sebastian Stan akan mula ditayangkan pada 19 Mac ini menerusi saluran Disney+ […]

Guna wang KWSP untuk tujuan penting, jangan lupa ia untuk masa depan

LANGKAH kerajaan memperkenalkan i-Sinar yang membolehkan pengeluaran Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bertujuan untuk membantu mereka yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19. Pada Disember 2020, kadar pengangguran naik 4.8 peratus dan dianggarkan seramai 772,900 orang tidak bekerja. Jadi, inisiatif kerajaan itu diharap dapat mengurangkan beban mereka yang terjejas teruk akibat kehilangan pekerjaan dan […]

Pemandu treler rempuh perancah SUKE direman 4 hari

KUALA LUMPUR: Pemandu treler yang melanggar perancah besi struktur binaan Lebuhraya Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) semalam, ditahan reman empat hari selepas didapati positif dadah. Ketua Polis Daerah Dang Wang, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata reman terhadap pemandu berusia 40 tahun itu diperoleh bermula hari ini sehingga 7 Mac […]

75 peratus JDT menang

KUALA LUMPUR: Johor Darul Ta’zim (JDT) dianggap memiliki 75 peratus peluang untuk mempertahankan Piala Sultan Ahmad Shah buat kali keempat berturut-turut apabila melayan kunjungan Kedah pada aksi sumbangsih di Stadium Sultan Ibrahim, esok. Peratusan itu diberikan bekas pemain kebangsaan, Azlan Johar berdasarkan beberapa faktor termasuk dari segi kualiti barisan pemain dimiliki JDT, persiapan pasukan dan […]

‘Pulun Kedah Pulun’

ALOR SETAR: Kelab penyokong Kedah melalui Gabungan Ukhwah Lang Merah (GULM) berharap bekalan motivasi yang mengiringi pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) ke Johor malam esok bakal membantu mereka memenangi perlawanan Sumbangsih kali ini. Jurucakap GULM, Mohd Safarizal Mohd Sobri berkata kejayaan merebut Piala Sultan Ahmad Shah dengan mengatasi juara Liga Super, Johor Darul […]

Kwiknews