fbpx

Ji Soo mohon maaf kerana pernah menjadi kaki buli

SEOUL: Pelakon Ji Soo, 28, tampil membuat permohonan maaf susulan tuduhan mendakwa dia seorang kaki buli dan melakukan keganasan ketika bersekolah dulu.

Ji Soo atau nama sebenarnya Kim Ji Soo mengakui berasa sangat bersalah dengan setiap tindakannya pada ketika itu yang meninggalkan bekas terhadap orang lain.

“Ikhlas dari lubuk hati, saya mohon maaf kepada orang yang menderita disebabkan saya. Kesilapan lampau saya sememangnya tidak boleh diterima. Ada perkara yang memang tidak mampu dimaafkan.

“Sebaik saya mulakan karier lakonan, saya menerima perhatian daripada orang awam mengenai kisah lampau saya. Saya fikir itulah yang membuatkan saya terperangkap dengan situasi sekarang.

“Bagaimanapun, sebahagian diri saya sentiasa rasa bersalah dengan masa lampau. Namun, ia sudah terlambat untuk membuatkan saya menyesal. Ia mencetuskan rasa gelisah yang sangat berat untuk ditanggung,” katanya.

Ji Soo mengakui dia tidak mampu mengubah kisah lampaunya dan berjanji menebusnya dengan berusaha keras menjadi pelakon terbaik.

“Saya mahu muhasabah diri serta bertaubat terhadap kisah lampau saya yang tak mungkin dapat dipadam sampai bila-bila. Saya ingin menebus semua kesalahan yang pernah dilakukan dan menyebabkan orang lain menderita selama ini dengan perbuatan saya,” katanya.

Terdahulu, nama pelakon River Where the Moon Rises itu mencetuskan kontroversi apabila seorang individu yang mendakwa rakan sekelasnya tampil mendedahkan perbuatan lampaunya.

Individu terbabit turut mendakwa pernah menjadi mangsa bulinya.

Insiden itu dilaporkan berlaku sekitar 2006 hingga 2008 lalu.

Menurut individu itu, Ji Soo adalah seorang pelajar yang sangat kasar dan banyak melakukan keganasan di sekolah.

Sumber: Harian Metro

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Kwiknews