fbpx

MySejahtera tambah baik pendaftaran vaksin

Foto: Malay Mail

KUALA LUMPUR: Individu yang mendaftar untuk pengambilan vaksin COVID-19 melalui MySejahtera, perlu menunggu sehingga paparan pendaftaran mereka disahkan di aplikasi terbabit.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin, berkata MySejahtera sudah menambah baik ‘user interface’ (UI) aplikasi terbabit dengan memaparkan proses pendaftaran pengambilan vaksin.

“MySejahtera menambah baik UI bagi memaklumkan proses pendaftaran (vaksin). Tunggu sehingga makluman pendaftaran dipaparkan. Tidak perlu mendaftar semula.

“Bagi mereka yang sudah berbuat demikian dan melihat tarikh pendaftaran yang dipaparkan di aplikasi itu, tidak perlu bimbang kerana kami sudah menerima pendaftaran anda.

“Temujanji diberikan berdasarkan pendaftaran pertama anda,” katanya menerusi ciapan di akaun Twitter rasminya.

Sebelum ini media melaporkan pengguna MySejahtera kini boleh mula membuat pendaftaran untuk menyertai PICK sejak 23 Februari lalu menerusi aplikasi itu.

Program imunisasi itu dilaksanakan menerusi tiga fasa, bermula dengan Kumpulan Barisan Hadapan, disusuli Kumpulan Berisiko Tinggi dan rakyat berusia 18 tahun ke atas.

Ia bagi memastikan antara 70 hingga 80 peratus rakyat di negara ini menerima vaksin menjelang Februari 2022, sekali gus membentuk imuniti kelompok bagi mengekang penularan COVID-19.

Fasa 1 program itu membabitkan 500,000 petugas barisan hadapan hingga April, manakala Fasa II pula membabitkan 9.4 juta orang dalam perkhidmatan penting, warga emas dan kumpulan berisiko tinggi dengan penyakit kronik, antara April hingga Ogos depan.

Fasa 3 pula dijadual bermula dari Mei hingga Februari 2022, menyasarkan 13.7 juta rakyat berumur 18 tahun ke atas.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin adalah rakyat pertama negara ini yang menerima suntikan vaksin COVID-19, Pfizer-BioNTech.

Sumber: Berita Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Kwiknews