fbpx

Pemandu treler rempuh perancah SUKE direman 4 hari

Kelihatan papan tanda amaran jarak ketinggian kenderaan dipamerkan pada struktur pembinaan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) berhampiran Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) ketika tinjauan di kawasan pembinaan itu, hari ini. - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Pemandu treler yang melanggar perancah besi struktur binaan Lebuhraya Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) semalam, ditahan reman empat hari selepas didapati positif dadah.

Ketua Polis Daerah Dang Wang, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata reman terhadap pemandu berusia 40 tahun itu diperoleh bermula hari ini sehingga 7 Mac ini.

“Dia ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya 1952, dan direman bermula 4 hingga 7 Mac bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan,” katanya.

Pemandu lori yang beralamat di Sungai Siput Utara, Perak, dibawa oleh pegawai penyiasat Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, untuk ujian air kencing selepas kemalangan membabitkan treler dipandunya berlaku di Lebuhraya MRR2, berhampiran Desa Tun Razak, di sini.

Akibat pelanggaran itu, struktur besi pembinaan Lebuhraya SUKE, runtuh dan menghempap sebuah van dinaiki empat pekerja kilang dan seorang pemandu van.

Dua pekerja kilang Sensata Technologies, di USJ 1, Subang Jaya, Norhayati Abdullah, 42, dan Nurina Edwin Abdullah, 47, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Dua lagi pekerja kilang Zakiyyah Yakop, 51, dan rakannya Zaitun Zainal, 54, mengalami kecederaan pada betis dan kaki kiri, manakala pemandu van Muhd Fairus Mohd Yusof, 47, patah tulang bahu kiri, bengkak paru-paru dan mengalami pendarahan dalaman.

Ketiga-tiga mangsa dirawat di Hospital Canselor Tuanku Muhriz, di sini.

Sumber: Berita Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Polis buru suspek pecah rumah

Tanah Merah: Polis memburu seorang suspek disyaki memecah masuk rumah di Kampung Kubang Kerian, Bukit Panau dan melarikan wang tunai serta barang berharga dianggarkan bernilai

Read More »
Kwiknews