fbpx

Alli bawa impak besar

LONDON: Dele Alli cemerlang ketika diturunkan dalam kesebelasan utama buat kali pertama pada saingan Liga Perdana Inggeris selepas membantu Tottenham mengatasi Fulham 1-0 hari ini.

Everton pula menghampiri kelompok empat teratas selepas menang 1-0 di West Brom.

Alli tidak dikira sebagai penjaring selepas rembatannya terkena Tosin Adarabioyo untuk gol sendiri Fulham di Craven Cottage.

Begitupun kehadirannya membawa perbezaan buats Spurs yang mempunyai tabiat tercicir mata ketika berada di kedudukan yang bagus untuk menang musim ini.

Fulham antara empat pasukan yang bangkit daripada ketinggalan 0-1 untuk mengikat anak-anak buah Mourinho 1-1 dalam aksi sebelum ini.

Kemenangan ini membolehkan Tottenham merapatkan jurang dengan kelompok empat teratas kepada lima mata di belakang pasukan tangga keempat, Chelsea.

“Ia tidak berbeza dengan perlawanan sebelum ini, jaringan diperoleh pada lewat permainan.

“Menentang Crystal Palace, Wolverhampton serta Newcastle, kami dibolosi di saat akhir dan tercicir mata. Malam ini berbeza, kami yang mendapatkan gol lewat minit,” kata Mourinho. – AFP

Sumber: Utusan Online

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Petanda Verstappen bersara?

London: Ayah Max Verstappen berkata, anaknya mungkin bersara daripada Formula Satu (F1) selepas dia berjaya ‘mencapai segalanya’ setakat ini. Pelumba Belanda itu mengharungi musim cemerlang

Read More »