fbpx

BTS cipta sejarah lagi

Seoul: Kumpulan BTS mencipta sejarah apabila menjadi artis pertama Asia memenangi anugerah Artis Rakaman Terbaik anjuran Persekutuan Antarabangsa Industri Fonografi (IFPI) untuk tahun 2020.

Kumpulan itu menduduki tangga pertama menewaskan Taylor Swift, Drake, The Weeknd, Billie Eilish, Eminem, Post Malone, Ariana Grande, Juice Wrld dan Justin Bieber untuk edisi kali ini.

BTS juga menjadi artis pertama yang tidak menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pertama memenangi anugerah terbabit.

Pada edisi sebelumnya, ia cuma dimenangi artis Barat antaranya Taylor Swift, Drake, One Direction, Adele dan Ed Sheeran.

Tahun lalu, BTS cuma berjaya menduduki tangga ketujuh, manakala pada 2019 kumpulan itu nyaris menang apabila berjaya berada di kedudukan nombor dua.

Kemenangan itu tidak lain disebabkan kejayaan luar biasa dicipta BTS sepanjang tahun lalu.

Album Map of the Soul: 7 disahkan IFPI sebagai album paling banyak menerima pra-tempahan sepanjang zaman.

Kumpulan itu turut melakar sejarah apabila lagu Dynamite menjadi lagu Korea Selatan pertama mencapai kedudukan nombor satu dalam carta Billboard Hot 100. Ia turut dicalonkan di Grammy Awards dalam kategori Persembahan Pop Duo/Berkumpulan Terbaik.

IFPI adalah organisasi bukan keuntungan yang mewakili industri muzik rakaman di seluruh dunia. Anugerah Artis Rakaman Terbaik anjurannya mengiktiraf artis daripada segi populariti muzik digital dan album fizikal, serta keseluruhan pencapaian kerjaya mereka.

Sumber: Harian Metro

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts