fbpx

Gempa bumi kuat gegar Kepulauan Kermadec, New Zealand

KUALA LUMPUR: Gempa bumi kuat berukuran 7.5 pada skala Richter melanda Kepulauan Kermadec, New Zealand awal pagi ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan, hari ini memaklumkan gempa bumi pada 3.28 pagi itu berpusat di 1,107 kilometer (km) timur laut dari Tauranga, New Zealand pada kedalaman 10 km.

Menurut kenyataan itu, MetMalaysia dalam penilaian awalnya mendapati gempa itu tidak mendatangkan ancaman tsunami kepada Malaysia.

Sumber: Berita Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Kwiknews