fbpx

Nicky Byrne beri ‘Hint’ – Westlife, Nsync bakal bergabung?

AHLI kumpulan Westlife, Nicky Byrne dilihat memberi hint bahawa kumpulan itu dan sebuah lagi kumpulan popular 90-an, Nsync bakal bergabung dalam satu projek terbaharu.

Jika ia benar berlaku, pastinya menjadi berita gembira buat peminat kedua-dua boyband itu.

Menerusi perkongsian di Instagram miliknya, Nicky, 43, berkongsi status ringkas tentang satu projek terbaharu bersama poster yang tertulis ayat ‘Westlife, New Music, New Tour’ (Westlife, Muzik Baharu, Jelajah Baharu).

Bagaimanapun di ruang kapsyen, Nicky menulis selamatnya Nsync.

“Selamanya NSYNC. Oh awak tentu tahu apa yang saya maksudkan!!

“@westlife @nsync

“Harap pengumuman dibuat tidak lama lagi!!” tulisnya ringkas.

Perkongsian itu menerima reaksi pelbagai daripada peminat setianya. Rata-ratanya tidak sabar menanti pengumuman tersebut.

Sumber: Sinar Plus

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Empat hari api tak padam

Kota Kinabalu: Sudah empat hari terbakar namun api di tapak pelupusan sampah Kayu Madang, Telipok, di sini, masih gagal dipadamkan sepenuhnya. Terbaru, pasukan bomba dan

Read More »
Kwiknews