fbpx

Tiada kawasan catat IPU tidak sihat sebelah pagi

KUALA LUMPUR: Sehingga jam 10 pagi tadi, tiada kawasan mencatatkan bacaan status kualiti udara atau Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat.

Menurut maklumat dipaparkan di laman Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), daripada 68 stesen, 36 stesen mencatat bacaan IPU sederhana termasuk di ibu negara.

Antara kawasan mencatat bacaan IPU sederhana ialah Bandar Sri Permaisuri di Cheras yang mencatat bacaan 53.

Baki 32 stesen lagi mencatat bacaan IPU baik termasuk Kampung Sekolah Ampangan, Seremban di Negeri Sembilan yang mencatat bacaan 45.

Sejam sebelum itu, 35 stesen di seluruh negara didapati mencatat bacaan IPU sederhana manakala 33 stesen lagi mencatat bacaan IPU baik.

Berdasarkan laman itu, bacaan IPU 0 hingga 50 dikelaskan sebagai baik; 51 hingga 100 (sederhana); 101 hingga 200 (tidak sihat); 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan melebihi 300 (berbahaya).

Sumber: Berita Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Kwiknews