fbpx

Vaksin Covid-19 dijual dalam talian adalah palsu – KP Kesihatan

KUALA LUMPUR: Iklan jualan vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech secara dalam talian yang kini tular di media sosial adalah palsu, tegas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedia maklum iklan penjualan vaksin berkenaan yang dikesan kononnya dijual dalam talian.

Namun begitu, katanya, bahagian Penguatkuasaan Farmasi KKM setakat ini mendapati iklan berkenaan adalah palsu.

“Bahagian Penguatkuasaan Farmasi KKM serta melalui unit forensik siber serta kerjasama dengan pihak berwajib tempatan lain dan antarabangsa Interpol sememangnya sentiasa memantau keadaan semasa dan penjualan vaksin di dalam talian.

“Vaksin yang sudah pun diberikan pendaftaran bersyarat, hanya boleh dibekalkan pihak kerajaan dan pihak dibenarkan oleh kerajaan,” katanya dalam sidang media perkembangan Covid-19, hari ini.

Beliau berkata, selain hakikat vaksin berkenaan tidak dijual di negara ini, pihak KKM dimaklumkan banyak vaksin tiruan sudah berada di pasaran.

Sehubungan itu, katanya, orang ramai dinasihatkan untuk memastikan hanya menerima vaksin daripada KKM dan sumber boleh dipercayai.

“Kita melihat sekarang ini Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) memberikan pendaftaran bersyarat untuk vaksin Covid-19.

“Syaratnya ialah dibekalkan oleh kerajaan atau tempat sudah dikenalpasti kerajaan termasuk hospital swasta,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Kwiknews