fbpx

571,802 petugas terima dos pertama akhir Mac

PUTRAJAYA: Kesemua 571,802 petugas barisan hadapan yang disenaraikan mendapat vaksin COVID-19 dalam fasa pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) bakal menerima dos pertama mereka menjelang akhir bulan ini.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin, berkata, pada masa sama lebih 10 peratus populasi Malaysia mendaftar dalam PICK setakat ini.

Katanya, lebih 3.6 juta daripada 3.8 juta yang mendaftar, berbuat demikian menggunakan aplikasi MySejahtera; 173,575 melalui laman sesawang www.vaksincovid.gov.my dan 863 lagi melalui talian ‘hotline’ bermula 5 Mac lalu.

Beliau berkata, seramai 139,720 penerima sudah mendapat dos pertama vaksin COVID-19 setakat ini dan seramai 221,819 daripada yang mendaftar, mendapat tarikh temujanji bagi mendapatkan vaksin untuk fasa pertama PICK.

“Kita juga menerima sebanyak 86,775 bebuli vaksin Pfizer – BioNTech, bersamaan dengan 520,650 dos setakat ini.

“Lima kawasan paling tinggi memberikan suntikan vaksin COVID-19 ialah Kuala Lumpur, Kota Bharu, Kuching, Kuantan dan Kota Kinabalu manakala negeri tertinggi menjalankan program vaksinasi ialah Sarawak sebanyak 22,140; Pahang (14,473); Selangor (12,336); Kelantan (11,927) dan Sabah (11,739).

“Untuk pelalian fasa pertama, kita yakin 571,802 petugas barisan hadapan yang disenaraikan dalam fasa pertama akan mendapat dos pertama pada akhir bulan ini,” katanya pada sidang media mingguan PICk, hari ini.

Sumber: Berita Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Kwiknews