fbpx

Gal Gadot bakal dapat anak ketiga

PELAKON jelita Gal Gadot dilaporkan kini sedang hamil anak ketiga. Pelakon filem Wonder Woman itu mengumumkan berita gembira tentang kehamilannya menerusi satu hantaran yang dibuat dalam Instagramnya baru-baru ini.

Dalam hantaran tersebut, Gadot memuat naik foto bersama suaminya, Jaron Varsano dan dua anak mereka iaitu Alma, 9, dan Maya yang kini berusia tiga tahun.

“Kita akan melaluinya sekali lagi,” ujarnya pada kapsyen gambar yang dikongsikannya.

Berita tersebut sekali gus menarik perhatian rakan artis antaranya model Emily Ratajkowski yang juga kini sedang berbadan dua.

“Tahniah! Saya berasa sangat gembira,” ujarnya.

Antara selebriti lain yang turut mengucapkan tahniah kepada Gadot ialah pelakon Hilary Swank dan Jason Momoa.

Sebelum ini, Gadot pernah mendapat perhatian kerana menjalani penggambaran filem Wonder Woman ketika sedang hamil anak keduanya. Pada waktu itu, kandungannya berusia lima bulan.

Disebabkan itu, pengarah terpaksa menggunakan efek kesan khas (CGI) untuk menyembunyikan bentuk perutnya yang besar.

Sumber: Kosmo!

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Polis buru suspek pecah rumah

Tanah Merah: Polis memburu seorang suspek disyaki memecah masuk rumah di Kampung Kubang Kerian, Bukit Panau dan melarikan wang tunai serta barang berharga dianggarkan bernilai

Read More »
Kwiknews