fbpx

Malaysia beli 32 juta dos vaksin Pfizer-BioNTech

Foto: healio.com

PUTRAJAYA: Malaysia akan menerima 32 juta dos vaksin COVID-19 keluaran Pfizer-BioNTech, jumlah untuk separuh penduduk negara, iaitu dua dos setiap individu.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin, berkata penghantaran semua 32 juta dos vaksin COVID-19 itu akan dibuat pada tahun ini.

Beliau berkata, pemerolehan itu akan dimuktamad selepas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba menandatangani perjanjian dengan syarikat itu, minggu ini.

“Menteri Kesihatan, selepas rundingan dengan Pfizer, akan menandatangani tambah bekalan. Pfizer akan membekalkan 32 juta dos atau 50 peratus daripada populasi atau penduduk di negara kita.

“Asalnya jumlah vaksin yang akan dibekalkan sebanyak 20 peratus, kemudian untuk 39 peratus. Kita akan memuktamadkan pemberian untuk 50 peratus daripada populasi di negara kita.

“Pihak Pfizer juga menawarkan tambahan sebanyak 20 peratus lagi dan perkara ini kita akan pertimbangkan sama ada untuk kita menambah lagi bekalan daripada pihak Pfizer,” katanya pada sidang media mingguan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), di sini, hari ini.

Sumber: Berita Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Petanda Verstappen bersara?

London: Ayah Max Verstappen berkata, anaknya mungkin bersara daripada Formula Satu (F1) selepas dia berjaya ‘mencapai segalanya’ setakat ini. Pelumba Belanda itu mengharungi musim cemerlang

Read More »