fbpx

Rakyat Jepun tolak penonton asing

Undian dibuat Yomiuri Shimbun mendapati sebahagian besar rakyat Jepun tidak bersetuju dengan kehadiran penonton asing ke Olimpik Tokyo. - AFP

TOKYO: Lebih daripada 75 peratus rakyat Jepun tidak bersetuju peminat luar negara datang ke Olimpik Tokyo menurut undian dibuat hari ini, ketika penganjur bersedia membuat keputusan mengenai kehadiran penonton asing.

Undian dilakukan akhbar harian Yomiuri Shimbun itu mendapati hanya 18 peratus rakyat negara berkenaan bersetuju membenarkan kehadiran penonton luar menyaksikan temasya yang sudah ditangguhkan kerana COVID-19 berbanding 77 peratus menentang.

Penganjur berkata minggu lalu bahawa mereka akan membuat keputusan berkaitan perkara itu bulan ini, sebelum larian obor bermula di seluruh negara itu pada 25 Mac.

Namun media Jepun berkata ketua temasya berkenaan sudah membuat keputusan menghalang peminat luar menyaksikannya.

Presiden Tokyo 2020, Seiko Hashimoto berkata Jumaat lalu bahawa penganjur “mahu mengadakan acara berkenaan di stadium penuh bersama peminat dari seluruh dunia”, namun mendapati ia sukar “jika kita tidak dalam keadaan boleh menerima mereka dan situasi kemudahan perubatan tidak sempurna.”

Undian oleh Yomiuri juga mendedahkan 45 peratus daripada responden bersetuju dengan kehadiran penonton ke temasya itu manakala 48 peratus sebaliknya. – AFP

Sumber: Berita Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Kwiknews