fbpx

TSG menang lagi di Turki

Carlos Quintero (tengah) memenangi perlumbaan GP Gundogmus di Turki - Foto ihsan FB Terengganu Cycling Team.

KUALA LUMPUR: Turki terus menjadi medan Terengganu Cycling Team (TSG) memburu kejayaan dengan pelumbanya, Carlos Quintero dari Colombia memenangi Grand Prix (GP) Gundogmus semalam.

Pelumba berusia 35 tahun itu menyudahkan perlumbaan 103.5 kilometer itu untuk gelaran juara keduanya selepas memenangi GP Velo Alanya dua minggu lalu sementara rakan sepasukan Metkel Eyob dari Eritrea di tempat kedua dan Franklin Archibold daripada pasukan Panama es Cultura y Valores di kedudukan ketiga.

“Saya amat gembira begitu juga pasukan, kami sentiasa bersama di sepanjang perlumbaan. Bagaikan tak percaya,” katanya dalam klip video mengenai reaksi kemenangannya yang diperoleh daripada TSG.

Sehari sebelum kemenangan pertama Carlos, pelumba pecut Malaysia Mohd Harrif Saleh menjuarai GP Velo Manavgat, satu lagi perlumbaan berstatus 1.2 dalam kalendar Jelajah Eropah Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI).

Sementara itu dalam GP Mediterrennean kelmarin, Mohd Harrif menamatkan perlumbaan di tempat keempat manakala rakan sepasukan Irwandie Lakasek dan Wan Abdul Rahman Hamdan masing-masing di kedudukan keenam dan kelapan.

Sumber: Berita Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Empat hari api tak padam

Kota Kinabalu: Sudah empat hari terbakar namun api di tapak pelupusan sampah Kayu Madang, Telipok, di sini, masih gagal dipadamkan sepenuhnya. Terbaru, pasukan bomba dan

Read More »
Kwiknews