fbpx

Jepun memperingati sedekad gempa bumi, tsunami

HISANOHAMA: Jepun hari ini memperingati bencana alam terburuk di negara itu, kejadian gempa bumi kuat yang mencetuskan tsunami dan krisis nuklear sehingga menyebabkan seluruh negara berada dalam trauma. Kira-kira 18,500 orang terbunuh atau hilang dalam bencana yang berlaku 10 tahun lalu, kebanyakan mereka dibawa arus deras yang melanda kawasan pantai timur laut selepas terjadinya satu […]

Kekayaan Warren Buffett lebih AS$100 bilion

WASHINGTON: Ahli perniagaan Amerika Syarikat (AS) Warren Buffett menyertai golongan eksekutif dengan nilai kekayaan bersih melebihi AS$100 bilion (RM411.3 bilion) termasuk Jeff Bezos, Elon Musk, Bernard Arnault dan Bill Gates, lapor majalah Forbes. Harga saham syarikatnya Berkshire Hathaway mencapai tahap tertinggi semalam, mendorong kekayaannya mencecah AS$100.3 bilion (412.5 bilion) buat pertama kali melebihi AS$100 bilion. […]

Pekebun rugi RM150,000 pajak kebun durian tak wujud

MELAKA: Seorang pekebun kerugian RM150,000 selepas terpedaya memajak kebun durian yang tidak wujud di Tiang Dua, Mukim Ayer Molek di sini. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) negeri, Superintendan E Sundra Rajan, berkata pada Oktober tahun lalu, mangsa yang berusia 55 tahun dan tinggal di Jementah, Segamat, berminat memajak kebun durian seluas 2.3 hektar di […]

Bekas eksekutif tuntut gaji palsu dipenjara, denda

IPOH: Seorang bekas eksekutif sumber manusia dijatuhi hukuman penjara dua bulan dan denda RM79,900.75 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini setelah mengaku bersalah atas lima pertuduhan mengemukakan dokumen palsu untuk menuntut gaji, empat tahun lalu. Siti Aishah Mohamad Amir, 31, juga berdepan hukuman penjara 15 bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan. Hukuman itu diputuskan […]

Ferrari mahu ubah nasib musim 2021

PARIS: Ferrari memperkenalkan kereta mereka dengan harapan dapat mengubah nasib mereka selepas musim terburuk mereka dalam tempoh 40 tahun pada 2020. Bos pasukan itu, Mattia Binotto berkata kereta yang diubah suai itu adalah lebih efisien dan enjin baharu lebih berkuasa selepas kelajuan garis lurus membuktikan kelemahan terbesar mereka tahun lalu. Ferrari memberi tumpuan kepada bahagian […]

Federer lakar kemenangan selepas 13 bulan tersisih

DOHA: Roger Federer memenangi perlawanan pertama dalam pertandingan selepas lebih setahun ketika juara 20 kali Grand Slam itu kembali selepas pulih daripada kecederaan untuk menewaskan pemain nombor satu Britain, Dan Evans di Terbuka Qatar. Federer yang menjalani dua pembedahan lutut pada 2020, masih terbukti lawan sukar bagi Evans selepas mengatasi lawan 7-6 (10/8), 3-6, 7-5 […]

Youtube tempat penyokong ‘lepas gian’

PETALING JAYA: Selepas kecewa dengan suasana musim lalu, peminat bola sepak tanah air bagaikan membalas dendam tahun ini apabila menyambut kehadiran Liga Malaysia (Liga M) dengan penuh keghairahan. Bermula dengan jualan jersi yang mendapat sambutan hangat, kini giliran Youtube menjadi saluran mengubat rindu apabila mencatat lebih 2.5 juta tontonan pada minggu pertama Liga Super musim […]

Messi, Ronaldo senasib

LONDON: Lionel Messi dan Ronaldo masing-masing terlepas saingan suku akhir Liga Juara-Juara buat kali pertama dalam tempoh 16 tahun. Kali terakhir mereka gagal mara ke kelompok lapan terakhir ialah pada 2004-05, ketika Liverpool menang kejuaraan berkenaan. Messi dan Barcelona disingkirkan pada kelompok 16 terakhir oleh PSG, yang seri 1-1 berdepan gergasi Sepanyol itu awal pagi […]

Percubaan penukaran aliran lalu lintas 2 hala ke sehala di Jalan PJU 10/1

PETALING JAYA: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) akan menukar aliran lalu lintas dua hala ke sehala di sebahagian Jalan PJU 10/1 bermula 12 Mac sehingga Jun 2021 secara percubaan. Sistem jalan sehala ini akan bermula dari Jalan PJU 10/1 di persimpangan lampu isyarat berhampiran Sekolah Kebangsaan Damai 1, Damansara Damai PJU 10 secara percubaan dalam […]

Kwiknews