DOHA: Roger Federer memenangi perlawanan pertama dalam pertandingan selepas lebih setahun ketika juara 20 kali Grand Slam itu kembali selepas pulih daripada kecederaan untuk menewaskan pemain nombor satu Britain, Dan Evans di Terbuka Qatar.
Federer yang menjalani dua pembedahan lutut pada 2020, masih terbukti lawan sukar bagi Evans selepas mengatasi lawan 7-6 (10/8), 3-6, 7-5 dalam pertaruhan epik berlangsung selama dua jam dan 24 minit.
Sensasi Switzerland itu tidak beraksi dalam perlawanan sejak kekalahan separuh akhir ke atas Novak Djokovic di Terbuka Australia pada Januari 2020 – 405 hari lalu – dan mengetahui ia adalah perkara yang janggal bagi pemain pada usia sepertinya untuk kembali beraksi selepas dibelenggu kecederaan.
“Saya tidak tahu sama ada kecederaan ini sudah pulih sepenuhnya,” kata Federer.
“Anda pasti merasa letih dan anda tidak tahu adakah ia mengenai otot. (Apa) yang penting adalah apa yang saya rasa esok dan hari seterusnya untuk tempoh enam bulan akan datang.”
Federer bergurau dengan pengadil ketika balingan siling mengenai undang-undang sukan itu semasa Covid-19, tidak beraksi sejak Jelajah ATP ditangguhkan tahun lalu kerana pandemik.
Pemain berusia 39 tahun itu terpaksa bergelut, mendahului di set pertama menentang pemain yang sebelum ini menjadi rakan pelatih.
Dalam set ketiga, Federer gagal untuk memenangi mata pertama sebelum bangkit mengatasi lawan yang turut memberi tentangan sengit.
“Saya memang penat – saya lebih tertumpu kepada mengawal kepenatan berbanding memenangi mata,” katanya.
“Dan seorang pemain yang mempunyai lebih banyak tenang pada penghujung perlawanan. Saya fikir saya beraksi dalam perlawanan yang sangat bagus.”
Federer diberikan sorakan alu-aluan daripada 20 peratus penonton yang memenuhi kapasiti Kompleks Tenis Khalifa dekat Doha, turut melambaikan tangan kepada peminat.
Ada dikalangan mereka memaparkan potret bintang Switzerland itu disamping mengibarkan bendera negara pemain pilihan kedua kejohanan berkenaan.
Sumber: Harian Metro