fbpx

Ferrari mahu ubah nasib musim 2021

PARIS: Ferrari memperkenalkan kereta mereka dengan harapan dapat mengubah nasib mereka selepas musim terburuk mereka dalam tempoh 40 tahun pada 2020.

Bos pasukan itu, Mattia Binotto berkata kereta yang diubah suai itu adalah lebih efisien dan enjin baharu lebih berkuasa selepas kelajuan garis lurus membuktikan kelemahan terbesar mereka tahun lalu.

Ferrari memberi tumpuan kepada bahagian belakang kereta dalam mengenal pasti prestasi.

“Tahun lalu cukup mengecewakan. Kami tahu kami tidak boleh mengulangi pencapaian yang buruk.” kata Binotto.

“Kami tahu kami perlu melakukan lebih baik pada 2021.”

Ferrari menduduki tempat keenam bagi kejuaraan pengeluar dengan pencapaian terbaik mereka di kedudukan kedua. Ia adalah musim yang buruk sejak 1980, di mana mereka menamatkan kejuaraan di tempat ke-10.

Ferrari akan bersandar kepada pelumba muda mereka Charles Leclerc selain penyertaan pelumba dari Sepanyol, Carlos Sainz yang menggantikan Sebastian Vettel bagi musim ini.

Sumber: Harian Metro

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Read more

Related Posts