fbpx

Percubaan penukaran aliran lalu lintas 2 hala ke sehala di Jalan PJU 10/1

PETALING JAYA: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) akan menukar aliran lalu lintas dua hala ke sehala di sebahagian Jalan PJU 10/1 bermula 12 Mac sehingga Jun 2021 secara percubaan.

Sistem jalan sehala ini akan bermula dari Jalan PJU 10/1 di persimpangan lampu isyarat berhampiran Sekolah Kebangsaan Damai 1, Damansara Damai PJU 10 secara percubaan dalam tempoh selama tiga bulan.

Tujuan sistem jalan sehala ini dilaksanakan adalah bagi mengurangkan kesesakan selain melancarkan pergerakan lalu lintas di kawasan tersebut.

Dalam tempoh percubaan ini, Majlis akan memantau pergerakan trafik bagi melihat kecekapan dan tahap keselamatan di Jalan PJU 10/1 dan jalan sekitarnya.

Sebagai makluman, percubaan untuk pelaksanaan jalan sehala selama tiga bulan ini tidak mendapat sebarang bantahan daripada pengguna jalan raya dan juga penduduk sekitar berdasarkan kajian dan notis pemberitahuan yang telah dilaksanakan.

Ia juga dijangka dapat meningkatkan kapasiti jalan dan keselamatan di kawasan yang terlibat. Selain itu, tempoh percubaan ini dilihat dapat menghapuskan konflik lalu lintas di persimpangan, mengurangkan kesesakan lalu lintas di kawasan sekitar sekolah dan dapat meningkatkan tahap ‘level of service’ (LOS)’.

Majlis juga akan menilai tahap keberkesanan semasa tempoh percubaan dilaksanakan selama tiga bulan ini.

Jika semasa tempoh tersebut dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas, Majlis akan mempertimbangkan untuk pelaksanaan jalan sehala ini secara kekal.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut sila hubungi Unit Lalu Lintas, Jabatan Kejuruteraan Tingkat 13, Menara MBPJ, Jalan Tengah 46200 Petaling Jaya di talian 03-7958 4221.

Sumber: Utusan Online

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Read more

Related Posts