fbpx

China minta Alibaba lupus aset berkaitan media

Alibaba diminta melupuskan aset medianya. - Foto The New York Times

HONG KONG: Kerajaan China meminta Alibaba Group Holdings (Alibaba) melupuskan sebahagian besar aset medianya.

Ia didorong kebimbangan memuncak berhubung penguasaan syarikat gergasi teknologi terbabit sehingga mungkin mempengaruhi pendapat umum di negara itu.

Bagaimanapun, tidak dapat dijelaskan sama ada Alibaba yang disenaraikan di Amerika Syarikat (AS) itu perlu menjual semua aset medianya, namun kelulusan Beijing diperlukan terlebih dulu sebelum sebarang perancangan dibuat.

Difahamkan, perbincangan mengenai perkara itu sudah berlangsung sejak awal tahun ini selepas pihak berkuasa China meneliti senarai aset media milik syarikat yang beribu pejabat di Hangzhou itu.

Pegawai China dilaporkan terkejut dengan jangkauan Alibaba menerusi aset medianya dan meminta syarikat terbabit merangka perancangan bagi mengurangkan pegangan medianya.

Alibaba, yang diasaskan oleh Jack Ma, memiliki aset media merangkumi pencetakan, penyiaran, digital, media sosial dan pengiklanan.

Bagaimanapun, pemilikan aset media itu diteliti dengan lebih mendalam sejak beberapa bulan lalu, terutama selepas Ma dilaporkan menghilangkan diri.

Alibaba turut memiliki pegangan dalam pentas media sosial Weibo selain beberapa perkhidmatan media dalam talian dan pencetakan serta akhbar berbahasa Inggeris, South China Morning Post (SCMP).

Dalam satu kenyataan, Alibaba enggan mengulas mengenai perkara itu, namun memaklumkan syarikat itu adalah pelabur pasif dalam aset media.

“Tujuan pelaburan dalam syarikat ini adalah bagi menyediakan sokongan teknologi untuk meningkatkan perniagaan serta memacu sinergi komersial dengan perniagaan utama kami.

“Kami tidak mencampuri atau terbabit dalam operasi harian syarikat ini atau keputusan jabatan pengarangnya,” menurut kenyataan itu. – AGENSI

Sumber: Berita Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Empat hari api tak padam

Kota Kinabalu: Sudah empat hari terbakar namun api di tapak pelupusan sampah Kayu Madang, Telipok, di sini, masih gagal dipadamkan sepenuhnya. Terbaru, pasukan bomba dan

Read More »
Kwiknews