fbpx

Aamir Khan tutup media sosial

BINTANG filem Bollywood, Aamir Khan mengumumkan keputusannya untuk menutup media sosial dengan mengucapkan selamat tinggal kepada lebih 48 juta pengikutnya dalam Twitter, Facebook dan Instagram.

Menerusi satu hantaran yang dikongsinya baru-baru ini, pelakon dan juga penerbit berusia 56 tahun itu memberitahu, dia hanya akan menggunakan platform syarikat filemnya jika mahu berkongsi segala perkembangan tentang dirinya.

“Ini merupakan kiriman terakhir saya dalam media sosial.

“Saya memutuskan untuk berhenti daripada menggunakan semua platform sosial media selepas ini,” ujar aktor yang pernah membintangi filem 3 Idiots itu.

Pada masa sama, Aamir turut mengucapkan terima kasih kepada semua peminat yang telah mengikutinya dalam media sosial dan sentiasa mengirimkan mesej kepada dirinya.

“Terima kasih untuk semua peminat yang saya cintai.

“Hati saya berbunga-bunga,” ujarnya yang baru sahaja menyambut ulang tahun kelahirannya pada minggu lalu.

Sumber: Kosmo!

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Empat hari api tak padam

Kota Kinabalu: Sudah empat hari terbakar namun api di tapak pelupusan sampah Kayu Madang, Telipok, di sini, masih gagal dipadamkan sepenuhnya. Terbaru, pasukan bomba dan

Read More »
Kwiknews