fbpx

Intan Najuwa putus tunang bukan sebab orang ketiga

Kuala Lumpur: “Memang hubungan saya dan dia (bekas tunang) 100 peratus retak tanpa babitkan orang ketiga mahupun Zul. Kami putus pertengahan tahun lalu,” kata pelakon Intan Najuwa sekali gus menafikan pelakon, Zul Ariffin menjadi punca dia putus sekali lagi dengan pasangannya, Razrul Anwar Rusli.

Ia susulan timbul dakwaan mengaitkan Zul seperti yang disiarkan dalam sebuah portal hiburan.

Malah, dalam laporan portal Harian Metro semalam, Zul turut menafikan perkara itu.

Intan berkata, dia kasihan apabila nama Zul dikaitkan sekali lagi selepas yang pertama ketika mereka berlakon dalam drama Setelah Ku Dimiliki yang ditayangkan di TV3 pada 2019.

“Kasihan Zul dibabitkan sekali sedangkan dia tak tahu menahu. Nak kecam, kecam saya bukan babitkan orang lain.

“Sebelah dia (bekas tunang) pun perlu menjaga nama baik dan kerjayanya. Begitu juga saya. Kami cuba meneruskan hubungan dan memperbaiki kelemahan yang ada selepas pernah putus tunang sebelum ini. Namun, semua itu tak dapat diteruskan kerana tiada persefahaman lagi.

“Kami berpisah secara baik. Tak ada gaduh. Jodoh antara kami tak panjang. Saya juga mahu terus fokus kerjaya,” katanya.

Intan turut menjelaskan, dia dan bekas tunang hanya pernah putus sekali pada Februari tahun lalu.

“Saya harap penjelasan sudah tak ada ikatan ini akan meleraikan tanda tanya. Sampai ada yang ingat kami putus tunang dan sambung semula.

“Tak ada istilah kami putus tunang dua kali. Hubungan antara saya dan dia memang merumitkan. Biasalah adat bercinta ada turun naik. Namun, tak perlulah saya kongsi terlalu mendalam,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Intan bakal muncul dalam drama Tak Sempurna Mencintaimu untuk slot Akasia di TV3 terbitan Zeel Production pada 29 Mac ini.

Drama arahan Emi Suffian itu turut menampilkan pelakon Redza Rosli, Fendy Bakry, Rita Nadirah, Azza Elite dan ramai lagi.

Sumber: Harian Metro

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Kwiknews