fbpx

Jerman dijangka tiada masalah benam Macedonia

Pemain tengah Jerman, Leroy Sane (kiri) terjatuh pada aksi kelayakan Piala Dunia menentang Romania di Bucharest pada Ahad lalu.

DUISBURG, Jerman: Pasukan Jerman dijangka meraih kemenangan ketiga aksi kelayakan Piala Dunia 2022 apabila menerima kunjungan Macedonia Utara di MSV-Arena di sini, awal pagi esok waktu Malaysia.

Skuad kendalian Joachim Loew sebelum ini menewaskan Iceland dan Romania pada dua perlawanan pertama Kumpulan J, manakala Macedonia Utara mengumpul tiga mata daripada tiga perlawanan.

Jerman mudah mengatasi Iceland pada perlawanan pembukaan hasil jaringan Leon Goretzka dan Kai Havertz dalam tempoh tujuh minit pertama, disusuli gol Ilkay Gundogan di babak kedua.

Die Mannschaft bagaimanapun dipaksa bekerja keras oleh Romania Ahad lalu, walaupun mereka menguasai permainan dan mencipta deretan peluang di Bucharest. Kegagalan memanfaatkan peluang hampir membawa padah buat Jerman namun jaringan minit ke-16 Serge Gnabry memastikan kemenangan buat mereka.

Dua kemenangan daripada dua perlawanan tahun ini adalah kebangkitan terbaik Jerman selepas dibelasah 6-0 oleh Sepanyol pada November – kekalahan tunggal mereka dalam 15 perlawanan sejak September 2019.

Walaupun berada di ranking ke-65 dunia, Macedonia Utara kendalian Igor Angelovski dijangka mampu memberi saingan buat Jerman. Mereka membelasah Liechtenstein 5-0 Ahad lalu, dengan Aleksandar Trajkovski meledak dua daripada empat gol babak kedua di Tose Proeski Arena, Skopje.

Sebelum itu mereka tewas 3-2 di tangan Romania pada aksi pembukaan kelayakan – di mana Ianis Hagi menjaringkan gol kemenangan tuan rumah pada minit ke-85. Macedonia Utara hanya tewas dua kali dalam 11 perlawanan terakhir mereka.

Barisan kemungkinan: Jerman – Neuer, Klostermann, Ginter, Rudiger, Can, Musiala, Kimmich, Gundogan, Havertz, Werner, Sane. Macedonia Utara – Dimitrievski, Ristovski, Musliu, Ristevski, Alioski, Radeski, Spirovski, Bardhi, Elmas, Pandev, Trajkovski.

Sumber: Berita Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts