fbpx

Nad Zainal timang anak kedua

Kuala Lumpur: Pelakon Nad Zainal, 30, selamat bersalin cahaya mata keduanya, namun hanya akan berkongsi jantinanya pada hari ketujuh kelahirannya.

Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin melahirkan bayi seberat 2.9 kilogram itu kelmarin pada sekitar jam 2.50 petang di sebuah hospital swasta, di ibu kota.

Menurutnya, dia bersyukur proses kelahiran dipermudahkan dan lancar. Bagaimanapun, dia belum memikirkan nama untuk bayinya itu.

“Alhamdulillah, segalanya lancar dan dipermudahkan. Insyallah, jantina anak akan dimaklumkan pada hari ketujuh kelahiran.

“Nama pun belum fikir lagi. Apapun, terima kasih atas doa dan ucapan daripada semua,” katanya.

Terdahulu, pelakon drama Takdir Yang Tertulis itu berkongsi perasaan gementarnya kembali menjaga bayi selepas lima tahun. 

Nad mendirikan rumah tangga dengan suami, Muhammad Faliq Amirudin pada 18 Disember 2015. Pasangan itu dikurniakan anak sulung, Fahad Ibrahim yang kini berusia lima tahun.

Sumber: Harian Metro

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts