fbpx

Dua lagi atlet negara layak ke Tokyo

KUALA LUMPUR: Majlis Olimpik Malaysia (MOM) mengesahkan dua lagi atlet Malaysia berjaya melayakkan diri ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Mereka adalah pemanah negara, Syaqiera Mashayikh dan pemain golf wanita profesional, Kelly Tan.

MOM membuat pengumuman itu melalui hantaran di laman Facebook malam tadi dan mengucapkan tahniah kepada kedua-dua atlet berkenaan atas kejayaan mereka menempah tiket ke Olimpik.

Ini adalah penampilan pertama di Sukan Olimpik buat Syaqiera manakala Kelly, ia kali kedua selepas Sukan Olimpik Rio 2016.

Perkembangan terbaharu mengenai Syaqiera dan Kelly dalam kontinjen negara itu menyaksikan 26 atlet yang layak menyertai temasya sukan terbesar dunia itu setakat ini, dijadual bermula 23 Julai hingga 8 Ogos.

Selasa lalu, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata empat atlet yang masih menunggu status kelayakan mereka adalah Lee Hup Wei (lompat tinggi) dan atlet olahraga Azreen Nabila Alias (100m wanita) serta dua perenang, Welson Sim (gaya bebas 200m /400m lelaki) dan Phee Jinq En (kuak dada 100m wanita). – BERNAMA



Sumber: Berita Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts