fbpx

PM Muhyiddin selesai menghadap Agong

Kenderaan yang membawa Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat meninggalkan Istana Negara, Kuala Lumpur 16 Ogos 2021. - Gambar oleh Yusof Mat Isa

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, sebentar tadi.

Sesi menghadap Seri Paduka itu berlangsung kira-kira 40 minit.

Kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire yang membawa Perdana Menteri keluar dari pekarangan Istana Negara melalui pintu satu pada jam 1.01 tengah hari.

Beliau sekali lagi melambaikan tangan kepada 100 petugas media yang membuat liputan.

Perdana Menteri yang juga Presiden BERSATU dijadual mengadakan sidang media petang ini untuk memaklumkan kedudukan beliau sebagai Perdana Menteri dan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Pagi tadi, Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh mempengerusikan Mesyuarat Khas Kabinet di Putrajaya.

Sementara itu, kenderaan rasmi Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani dilihat keluar dari pekarangan Istana Negara melalui pintu satu pada jam 12.37 tengah hari.





Sumber: Berita Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Kwiknews