fbpx

Polis Melaka bersedia hadapi ketidaktentuan politik

MELAKA: Polis Melaka sentiasa bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan berikutan keadaan politik yang tidak menentu ketika ini.

Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Majid Mohd Ali, berkata sebagai pasukan yang bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan negeri dan rakyat, pihaknya akan sentiasa bersedia untuk memastikan kesejahteraan dan keharmonian rakyat sentiasa terjamin.

“Kita bersedia dengan apa-apa tindakan demi keselamatan rakyat negeri ini.

“Justeru, rakyat Melaka tidak perlu bimbang dengan situasi ini kerana kami menjangkakan keadaan politik di negeri ini aman dan tidak keterlaluan,” katanya pada sidang media secara maya hari ini.

Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Majid Mohd Ali (tengah) bersama timbalannya, Senior Asisten Komisioner Razali Abu Samah (kiri) dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman pada sidang media secara dalam talian, hari ini. - Foto NSTP/Amir Mamat
Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Majid Mohd Ali (tengah) bersama timbalannya, Senior Asisten Komisioner Razali Abu Samah (kiri) dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman pada sidang media secara dalam talian, hari ini. – Foto NSTP/Amir Mamat

Sementara itu, suasana politik di Melaka kelihatan tenang dengan semua EXCO dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kerajaan serta pembangkang menjalankan tugasan seperti biasa.

Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali, ketika dihubungi berkata, setakat ini pentadbiran negeri tiada perubahan dan akan diteruskan seperti biasa.

Berdasarkan kedudukan kerusi terkini, UMNO Melaka mempunyai 14 kerusi diikuti dua dari BERSATU iaitu Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen (Paya Rumput) dan Datuk Noor Effandi Ahmad (Telok Mas). Keduanya adalah EXCO negeri.

Pakatan Harapan (PH) negeri yang diwakili DAP, Parti Amanah Negara (AMANAH) dan PKR mempunyai 11 kerusi manakala Bebas satu.




Sumber: Berita Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts