fbpx

Raja-Raja Melayu tiba di Istana Negara

Sultan of Kedah, Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah waves as he arrives at Istana Negara for a special meeting, August 20, 2021. — Picture by Firdaus Latif

KUALA LUMPUR: Raja-Raja Melayu kini berada di Istana Negara bagi menghadiri Perbincangan Khas Majlis Raja-Raja berhubung isu pelantikan Perdana Menteri baharu.

Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, antara terawal berangkat tiba pada jam 1.57 tengah hari, diikuti Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah tiga minit kemudian.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pula berangkat tiba pada jam 2.22 petang disusuli Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin, lima minit kemudian.

Selepas itu, Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berangkat tiba pada jam 2.33 petang, disusuli keberangkatan tiba Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir, tiga minit kemudian.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan status keberangkatan tiba Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar; Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail apabila pintu utama Istana Negara ditutup sejurus keberangkatan tiba Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.

Tumpuan seluruh negara hari ini terarah kepada Perbincangan Khas Majlis Raja-Raja yang dijadualkan berlangsung pada jam 2.30 petang ini.

Kenderaan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dilihat memasuki Istana Negara. - NSTP/Asyraf Hamzah
Kenderaan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dilihat memasuki Istana Negara. – NSTP/Asyraf Hamzah

Difahamkan ia adalah bagi membincangkan isu bakal calon Perdana Menteri baharu dan kerajaan susulan peletakan jawatan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Perbincangan itu adalah yang ketiga berlangsung di Istana Negara sejak Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menaiki takhta Yang di-Pertuan Agong pada 31 Januari 2019 dengan yang pertama berlangsung pada 25 Oktober 2020.

Difahamkan, perbincangan itu diadakan selepas Yang di-Pertuan Agong berkenan menerima menghadap 114 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN), Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Bebas, semalam.

Anggota polis bertugas ketika hujan di Istana Negara. - NSTP/Asyraf Hamzah
Anggota polis bertugas ketika hujan di Istana Negara. – NSTP/Asyraf Hamzah
Antara petugas media yang membuat liputan di Istana Negara. - NSTP/Asyraf Hamzah
Antara petugas media yang membuat liputan di Istana Negara. – NSTP/Asyraf Hamzah
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berangkat tiba di Istana Negara sebentar tadi bagi menghadiri Perbincangan Khas Majlis Raja-Raja berhubung isu pelantikan Perdana Menteri baharu. - NSTP/Asyraf Hamzah
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berangkat tiba di Istana Negara sebentar tadi bagi menghadiri Perbincangan Khas Majlis Raja-Raja berhubung isu pelantikan Perdana Menteri baharu. – NSTP/Asyraf Hamzah



Sumber: Berita Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Kwiknews