fbpx

JPN sahkan tiada data bocor – Hamzah

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainuddin ketika sidang media pada Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Ketua Polis Negara di Dewan Theatrette, Menara 1, Bukit Aman hari ini.
Turut hadir Timbalan Menteri Dalam Negeri I Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said (kiri) dan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) Datuk Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz (kanan). - Foto BERNAMA

PETALING JAYA: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengesahkan tiada sebarang kebocoran atau penjualan data dan pengkalan maklumat, myIDENTITY seperti didakwa di sebuah forum baru-baru ini. 

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, pihak JPN telah melakukan siasatan dalaman dan mendapati tiada sebarang kebocoran berlaku melibatkan pengkalan data tersebut. 

Katanya, selain itu, JPN turut memaklumkan terhadap LHDN bagi meminta siasatan dilakukan serta laporan dibuat terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKKM).

“Siasatan dalaman dilakukan, kita dapati tiada kebocoran berlaku malah JPN sahkan tiada sebarang kes sedemikian berlaku sebelum ini. 

“Jangan bimbang, sistem kawalan keselamatan (firewall) kita agak kukuh,” katanya selepas Majlis Watikah Pelantikan Ketua Polis Negara di Ibu pejabat Polis Bukit Aman, di sini hari ini. 

Semalam, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Mohd. Kamaruddin Md. Din dilaporkan berkata, pihaknya telah membuka kertas siasatan hari ini di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan, Seksyen 4(1) Akta Jenayah Komputer 1997.

Ujarnya, siasatan itu dilakukan bagi menyiasat secara lanjut serta sama ada berlaku penggodaman atau tidak.

Terdahulu, sebuah Forum Perbincangan Digital lowyat.net mengeluarkan maklumat kononnya pengkalan data JPN ketika ini tersenarai untuk dijual dalam forum pasaran pangkalan data terkemuka dengan harga kira-kita RM35,500 yang merangkumi empat juta data peribadi awam rakyat Malaysia yang lahir dari tahun 1979 hingga tahun 1998.

Penjual itu turut mendakwa pangkalan data tersebut mempunyai empat juta data pengguna awam yang diperoleh dari laman web LHDN menerusi Application Programming Interfaces (API) yang diwujudkan untuk sistem myIDENTITY.





Sumber: UTUSAN

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Kwiknews