fbpx

Ketua Polis Negara: Acryl Sani dilantik secara kontrak dua tahun

PETALING JAYA: Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani disambung secara kontrak selama dua tahun berkuat kuasa 4 Oktober hingga 3 Oktober 2023.

Penyerahan watikah pelantikan itu disempurnakan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Hamzah berkata, pelantikan Acryl Sani sebagai Ketua Polis Negara atas perkenan Yang di-Pertua Agong, Al- Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Pelantikan ini juga atas nasihat Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri yang turut diperkenankan Yang di-Pertua Agong bagi melanjutkan khidmat KPN secara kontrak. 

“Saya yakin dengan pelantikan ini memberi semangat kepada seluruh pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM),” katanya kepada pemberita selepas Majlis Watikah Pelantikan Ketua Polis Negara di Ibu pejabat Polis Bukit Aman, di sini hari ini. 

ACRYL SANI ABDULLAH SANI

Turut hadir, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ismail Mohamed Said, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz dan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mazlan Lazim.

4 Mei lalu, Acryl Sani dilantik sebagai KPN ke-13 bagi menggantikan Tan Sri Abdul Hamid Bador yang tamat kontrak pada 3 Mei.





Sumber: UTUSAN

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Kwiknews