fbpx

Akad nikah dengan kehadiran fizikal dibenarkan di Selangor

SHAH ALAM – Upacara akad nikah dengan kehadiran fizikal dibenarkan di adakan di masjid dan surau di seluruh Selangor, bermula hari ini.

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berkata, bagaimanapun jumlah kehadiran fizikal di antara pihak terlibat adalah terhad mengikut lokasi dengan upacara itu boleh dilaksanakan setiap hari.

Menurutnya, ini termasuk hanya tiga orang iaitu pengantin lelaki, pengantin perempuan dan wali sahaja sekiranya diadakan di JAIS atau Pejabat Agama Islam Daerah (PAID).

“Bagi akad nikah di masjid dan surau kebenaran solat Jumaat pula membenarkan pengantin lelaki, pengantin perempuan, wali dan tiga orang lain yang ditentukan pihak berkenaan.

Info grafik mengenai pelaksanaan majlis akad nikah dikongsi di laman Facebook JAIS pada Ahad.

“Individu lain termasuk jurugambar tidak dibenarkan hadir,” katanya menerusi kenyataan di laman Facebook rasminya.

JAIS memberitahu, kebenaran ini juga tertakluk kepada syarat lain iaitu pihak-pihak terbabit telah lengkap menerima dua dos suntikan vaksin dan melepasi hari ke-14 tarikh suntikan dos kedua bagi Pfizer, AstraZeneca dan Sinovac.

Manakala bagi vaksin Johnson & Johnson dan CanSino adalah melepasi hari ke-28.






Sumber: K! ONLINE

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Kwiknews