fbpx

Kira-kira 9,000 warga ATM terima bantuan MINDEF Prihatin

KUALA LUMPUR: Kira-kira 9,000 warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terdiri daripada anggota dan veteran ATM di seluruh negara menerima bakul makanan di bawah Program Kementerian Pertahanan (MINDEF) Prihatin sejak dilancarkan Julai lalu.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata kejayaan program itu turut mendapat kerjasama Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) yang menyalurkan bantuan kepada 1,500 anggota ATM.

Beliau berkata, kerjasama ini amat bermakna kerana dapat membantu kementerian itu membela kebajikan anggota, veteran ATM dan warga awam MINDEF berdepan cabaran COVID-19.

“Saya merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Datuk Seri Dr Ronald Kiandee atas kesudian menjalinkan kerjasama dengan MINDEF bagi menjayakan Program MINDEF Prihatin hari ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Hishammuddin (tengah) dan Ronald (kanan) bergambar dengan warga ATM pada Program MINDEF Prihatin di MINDEF hari ini. FOTO TWITTER
Hishammuddin (tengah) dan Ronald (kanan) bergambar dengan warga ATM pada Program MINDEF Prihatin di MINDEF hari ini. FOTO TWITTER

Penerima sumbangan terdiri daripada 375 warga awam MINDEF dan 1,125 anggota ATM dari Markas ATM, Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) khususnya yang berada di dalam kategori sebagai asnaf serta B40.

Sumbangan meliputi bahan keperluan asas seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan produk industri makanan disumbangkan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutusan (FAMA) melalui MAFI.

Hishammuddin berkata, MINDEF sebelum ini turut menerima sumbangan bakul makanan daripada beberapa pihak termasuk Bank Islam Malaysia Bhd (Bank Islam), Bantu-Bantu Malaysia serta Koperasi Tentera dan Perbadanan Perwira Niaga Malaysia (PERNAMA).

“Bagi pihak MINDEF saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas sumbangan dan kerjsama diberikan semua pihak dalam menjayakan program ini,” katanya.





Sumber: Berita Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Kwiknews