fbpx

PDRM digesa siasat kenyataan @edisi_siasatmy

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) digesa menyiasat kenyataan dimuat naik pengguna Twitter @edisi_siasatmy yang mendakwa beberapa pegawai polis terbabit kes rasuah dan penyelewengan.

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, berkata PDRM perlu terlebih dahulu mengesahkan sama ada dakwaan yang tular di media sosial itu benar atau sebaliknya sebelum mengambil tindakan susulan.

Beliau yang juga Presiden Pertubuhan Keprihatinan Jenayah Komuniti Malaysia (MCCC) berkata, pegawai dikaitkan dengan dakwaan itu boleh mengambil tindakan saman jika maklumat itu palsu.

“Daripada sudut perundangan, mereka boleh ambil tindakan saman jika maklumat itu palsu, namun kalau benar semua bukti perlu dikumpulkan untuk menentukan sama ada jenayah itu benar berlaku.

“Mereka yang dikaitkan perlu diambil tindakan bagi mengelak imej polis tercalar. Dalam hal ini, saya berharap polis menyiasat sumber maklumat itu.

“Pengguna Twitter itu juga ada memberi kenyataan kes sama membabitkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), maka pihak terbabit juga perlu siasat perkara itu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) MCCC, di sini, hari ini.

Pengguna Twitter itu mendakwa beberapa pegawai tertinggi di Bukit Aman menjual pangkat dalam PDRM, selain menyalahgunakan kuasa dan menerima rasuah termasuk dalam bentuk kambing dan lembu.

Pihak terbabit juga memetik pengarah pengurusan tertinggi agensi penguat kuasa melindungi sindiket dan terbabit rasuah.






Sumber: Berita Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts