MELAKA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melancarkan bilik gerakan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, yang memulakan operasinya hari ini.
Bilik gerakan itu yang bertempat di Pejabat SPRM Melaka, Alai, di sini, akan beroperasi 24 jam.
SPRM dalam kenyataan media berkata, bilik gerakan itu dilancarkan bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat dan aduan mengenai sebarang perbuatan rasuah serta salah guna kuasa berkaitan PRN.
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat atau aduan berkaitan boleh menyalurkannya melalui e-mel kepada [email protected] atau terus menghubungi talian 06-2896011 atau 06-2896000.
Sementara itu, SPRM turut mengingatkan semua calon dan parti politik yang bertanding supaya tidak melakukan aktiviti yang boleh melanggar undang-undang dan peraturan pilihan raya selaras dengan Akta SPRM 2009 dan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Pindaan 2012).
Sumber: Berita Harian