fbpx

KBS perkenal mySukan TV mudah diakses masyarakat

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu

KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mewujudkan saluran sukan baharu, ‘mySukan TV’ yang bakal menyiarkan pelbagai kejohanan sukan, dalam usaha menarik perhatian ramai terhadap sukan pada peringkat akar umbi.

Menterinya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, berkata saluran sukan dikendalikan konglomerat sosial KBS, ‘Impact Integrated’ itu antara usaha untuk meluaskan skop program pembangunan sukan akar umbi dari peringkat sekolah hingga antarabangsa dan menjadikannya lebih mudah diakses masyarakat.

“Program utama di mySukan TV merangkumi siaran secara langsung perlawanan atau kejohanan sukan akar umbi di Malaysia bagi peringkat sekolah rendah sehingga peringkat antarabangsa, program perkongsian maklumat dan tip (panduan) sukan harian, penerbitan berita serta program bual bicara bersama atlet, jurulatih dan agensi sukan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ahmad Faizal pada masa sama turut mengalu-alukan kerjasama strategik daripada sektor swasta bukan saja sebagai penaja program sukan akar umbi, malah berkongsi ilmu dan menyokong inisiatif mySukan TV.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Impact Integrated, Ahmed Faris Amir berkata, antara fokus utama lain saluran itu adalah memberi pendedahan dan peluang kepada penggiat sukan menjana pendapatan melalui penyiaran acara serta perlawanan sukan secara langsung di laman web mySukan TV atau media sosial.

Beliau berharap mySukan TV dapat memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk menyokong gerakan sukan baharu itu sambil menggalakkan mereka menjalani gaya hidup lebih aktif dan sihat.

“Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai program dan aktiviti mySukan TV boleh melayari laman web www.mysukan.tv atau platform media sosial, Facebook dan Instagram @mysukan.tv, Twitter @MySukan_TV dan YouTube @mySukan TV,” katanya. – BERNAMA






Sumber: Berita Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Kwiknews