fbpx

PRN Melaka: 39 peratus keluar undi awal setakat jam 11 pagi

Anggota polis menunggu untuk membuang undi semasa mengundi awal bagi pilihan raya negeri Melaka di Ayer Keroh 16 November 2021. — Gambar oleh Shafwan Zaidon

MELAKA: Sejumlah 39 peratus daripada 11,577 pengundi awal dalam kalangan anggota polis dan tentera serta pasangan, sudah menunaikan tanggungjawab pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, setakat ini.

Jumlah keluar mengundi awal setakat jam 11 pagi dilihat positif selepas ia direkodkan hanya dalam tempoh tiga jam dengan proses pengundian awal bermula jam 8 pagi tadi.

“Statistik keluar mengundi awal bagi PRN Melaka pada jam 11 pagi adalah 39 peratus,” kata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam pemakluman ringkas.

Sebanyak 31 pusat mengundi awal bagi PRN Melaka mula dibuka pada jam 8 pagi bagi membolehkan 11,557 pengundi awal terdiri anggota tentera dan pasangan serta polis menunaikan tanggungjawab mereka.

Daripada jumlah itu, 24 pusat mengundi awal dibuka khusus untuk anggota polis, manakala tujuh pusat lagi, dengan empat daripadanya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang, membabitkan pengundi tentera dan pasangan.

DUN Sungai Udang antara kerusi yang merekodkan jumlah pengundi awal tertinggi dalam PRN Melaka, iaitu melebihi 40 peratus daripada keseluruhan 22,793 pengundinya.

Terdahulu, Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh bersama pegawai tinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM) meninjau proses pengundian awal di Dewan Serbaguna Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka di Ayer Keroh, dekat sini.

Mereka termasuk Pengarah Pengurusan PDRM, Datuk Zaini Jass; Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Majid Mohd Ali dan Timbalannya, Datuk Razali Abu Samah.





Sumber: Berita Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts