fbpx

Vaksin COVID-19: 535 kes kematian dilapor, semua tiada kaitan dengan vaksin – KKM

REUTERS/Raneen Sawafta/File Photo

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan tiada kes kematian yang dapat dikaitkan secara langsung dengan vaksin COVID-19 sehingga kini.

Timbalan Menteri Kesihatan II, Datuk Aaron Ago Dagang berkata ia hasil siasatan menyeluruh oleh fasiliti kesihatan bukan sahaja kepada 535 kes kematian dalam kalangan penerima vaksin COVID-19 tetapi juga kes yang dikategorikan sebagai serius.

Jelasnya, laporan siasatan itu kemudiannya diserahkan kepada Jawatankuasa Farmakovigilans Khas Vaksin COVID-19 (JFK) untuk penilaian kausaliti (hubungkait) antara kesan sampingan dan vaksin yang diambil.

“Sistem pelaporan sedia ada di Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) telah menerima sebanyak 23,163 laporan Kesan Advers Susulan Imunisasi (AEFI) iaitu 0.45 laporan bagi setiap 1,000 dos vaksin yang diberikan.

“Sebanyak 93.3 peratus daripada laporan yang diterima ini melibatkan kesan sampingan ringan dan sederhana seperti sakit di tempat suntikan, demam, pening serta keletihan dan biasanya akan pulih dalam tempoh beberapa hari.

“Daripada jumlah ini, hanya 1,549 laporan dikategorikan sebagai serius (iaitu 0.03 laporan bagi setiap1,000 dos diberi) dimana penerima vaksin dimasukkan ke hospital untuk pemantauan dan rawatan lanjut bagi beberapa hari,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan R. Sivarasa (PH-Sungai Buloh) yang meminta KKM menyatakan hasil pemantauan yang dibuat terhadap penerima vaksin daripada permulaan vaksin rollout pada bulan Februari 2021sehingga sekarang.

Malah, Sivarasa juga ingin tahu adakah kes-kes kematian dan kesan negatif (adverse events) yang dikaitkan secara langsung kepada pemberian vaksin, berapa jumlahnya dan kategori-kategorinya.

Bermula daripada pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) pada 24 Februari 2021 sehingga 20 November 2021, 51,842,386 dos vaksin COVID-19 daripada jenama Comirnaty (Pfizer), AstraZeneca, Coronavac(Sinovac), Convidecia(CanSino) dan Covilo (Sinopharm) telah diberikan kepada penerima vaksin.






Sumber: Astro AWANI

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Polis buru suspek pecah rumah

Tanah Merah: Polis memburu seorang suspek disyaki memecah masuk rumah di Kampung Kubang Kerian, Bukit Panau dan melarikan wang tunai serta barang berharga dianggarkan bernilai

Read More »
Kwiknews